Kerana aku wanita
Pandangan Adam mampu tembus ke
dasar hatiku .
Kerana aku wanita
Ingin disayangi itu fitrah diriku .
Kerana aku wanita ,
Mudah terpikat dengan keindahan
Akhlak seorang lelaki .
Kerana aku wanita
Emosiku selalu mengatasi logik akalku .
Kerana aku wanita ,
Air mata teman setiaku .
Kerana aku wanita
Sensitifku terhadap sesuatu amat tinggi .
DAN ....
Kerana aku wanita
Aku damba pertolongan darimu Adam
Peliharalah bicaramu denganku
Jangan bermain kata denganku
Takut rosak hatiku .
Kerana aku wanita
Akhlakmu ukuran di mataku
Peliharalah akhlak dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu pada mataku .
* Khas untuk semua kaum Adam *
Friday, 20 July 2012
Ohh Ibu :)
Ibu ,
Andainya hari itu aku tahu engkau akan
pergi menghadap ilahi ,
Aku ingin berada di sampingmu kala itu ,
Ibu ,
Andainya aku dapat menggantikan tempatmu ,
Tak akan ku biarkan kau pergi dulu .
Ibu ,
Andainya dapat ku undurkan masa ,
Aku ingin lena didakapanmu ,
Ibu ,
Andainya aku diberi peluang ,
Ingin aku lihat raut wajahmu di hadapanku .
Ibu Andainya engkau dapat mendengar
segala rintihanku ,
Aku ingin memohon kepada Allah agar
mengasihimu sebagaimana engkau mengasihiku semasa kecil .
Ibu ,
Hanyalah kau yang satu di hatiku ,
Kau jua ratu hatiku ,
Tiada pengganti yang lebih baik dirimu .
* Sajak ini khas untuk kawan-2 yang kehilangan ibu buat selamanya *
PESANAN SAYA : Sayangilah ibu anda selagi masih ada hayatnya :)
# SAYANG IBU :)

Subscribe to:
Comments (Atom)