Kerana aku wanita
Pandangan Adam mampu tembus ke
dasar hatiku .
Kerana aku wanita
Ingin disayangi itu fitrah diriku .
Kerana aku wanita ,
Mudah terpikat dengan keindahan
Akhlak seorang lelaki .
Kerana aku wanita
Emosiku selalu mengatasi logik akalku .
Kerana aku wanita ,
Air mata teman setiaku .
Kerana aku wanita
Sensitifku terhadap sesuatu amat tinggi .
DAN ....
Kerana aku wanita
Aku damba pertolongan darimu Adam
Peliharalah bicaramu denganku
Jangan bermain kata denganku
Takut rosak hatiku .
Kerana aku wanita
Akhlakmu ukuran di mataku
Peliharalah akhlak dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu pada mataku .
* Khas untuk semua kaum Adam *

No comments:
Post a Comment